2025-08-12 HaiPress

Foto UiTM Cawangan Perlis
ARAU,12 Ogos -Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis melalui Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri dan Bahagian Hal Ehwal Akademik memperkukuh kerjasama strategik bersama sekolah dan universiti antarabangsa.
Ini menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Jerlun serta Memorandum Perjanjian (MoA) antara UiTM dan Universitas Islam Riau (UIR),Indonesia.
Rektor UiTM Cawangan Perlis Profesor Madya Dr. Ahmad Nizan Mat Noor dalam kenyataan berkata,melalui MoU bersama SMKA Jerlun,UiTM akan memfokuskan kepada program bimbingan akademik,pembangunan bakat pelajar sekolah serta pendedahan awal terhadap dunia pendidikan tinggi.
"Manakala MoA bersama Universitas Islam Riau menekankan kerjasama dalam bidang penyelidikan bersama,penerbitan akademik,pertukaran pelajar dan staf akademik serta program mobiliti antarabangsa," katanya menerusi kenyataan itu.
Majlis yang berlangsung di Bilik Latihan UITM Cawangan Perlis berkenaan turut disertai Ahli Jawatankuasa Eksekutif Negeri,wakil pengurusan tertinggi UiTM serta delegasi dari kedua-dua institusi rakan strategik.
Dengan termeterainya MoU dan MoA ini,UiTM Cawangan Perlis terus melangkah ke hadapan dalam memperkukuh peranan sebagai institusi pendidikan tinggi yang proaktif dalam membina jaringan kolaborasi strategik di peringkat tempatan dan antarabangsa.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur