2025-08-12 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim (empat,kanan) mengadakan mesyuarat dua hala bersama Ketua Penasihat Bangladesh,Prof Dr Muhammad Yunus (empat,kiri) di pejabatnya di Kompleks Perdana Putra / Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,12 Ogos- Visa Masuk Berganda (MEV) yang diperkenalkan kepada pekerja warga Bangladesh suatu pengiktirafan terhadap sumbangan tenaga kerja negara itu dalam pembangunan ekonomi Malaysia.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,kemudahan tersebut membolehkan mereka pulang bertemu keluarga tanpa menjejaskan pekerjaan di negara ini.
“Itulah sebabnya saya fikir Menteri Dalam Negeri bersama Menteri Sumber Manusia telah bersetuju mengenai kemudahan visa berulang kali ini,supaya pekerja Bangladesh boleh pulang bertemu keluarga dan berasa selamat dengan pekerjaan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Ketua Penasihat Kerajaan Bangladesh,Prof Dr Muhammad Yunus selepas mengadakan mesyuarat dua hala di Kompleks Perdana Putra,di sini.
Pertemuan tersebut turut membincangkan usaha memperkukuh hubungan kedua-dua negara termasuk kerjasama dalam pelaburan,perdagangan,pendidikan,budaya,tenaga,telekomunikasi,halal,STEM,penyelidikan serta semikonduktor.
Datuk Seri Anwar memaklumkan,isu serantau Myanmar turut disentuh dalam pertemuan tersebut.
"Menteri Luar akan menyelaras pasukan bersama Indonesia,Filipina dan Thailand bagi melawat negara itu dalam masa terdekat untuk mengusahakan keamanan dan menyelesaikan isu kemanusiaan," ujarnya lagi.
Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada Bangladesh atas peranan mereka dalam usaha keamanan serantau serta bantuan kepada golongan kurang bernasib baik di peringkat global.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur