2025-08-12 HaiPress

Naib Canselor Universiti Malaya,Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman di kawasan Desa Gemalai
KOTA BHARU,12 Ogos - Universiti Malaya (UM) melalui Centre of Excellence: Food Security and Intelligent Farming (CoE FSIF) dengan kerjasama Yusri Maju Sdn. Bhd. melancarkan projek perintis penanaman padi menggunakan kaedah Tekno Alami di Desa Gemalai,sebagai langkah strategik mencapai sasaran menghapuskan import beras sepenuhnya menjelang 2030.
Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada hala tuju Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) 2023-2030 bawah Program Inovasi Nasional Keterjaminan Agromakanan Rakyat (PINTAR) yang menekankan peningkatan produktiviti,kelestarian,dan kedaulatan makanan negara.
Naib Canselor UM,Profesor Datuk Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman berkata,pendekatan Tekno Alami menggabungkan kebijaksanaan tradisional dan inovasi sains moden untuk meningkatkan hasil padi,memulihkan kesuburan tanah,mengurangkan pencemaran pertanian,serta membina sistem pertanian yang berdikari dan berdaya tahan.
"Unjuran CoE FSIF menunjukkan selepas pemulihan tanah,hasil padi dijangka meningkat daripada purata 2.58 tan/ha kepada 6 tan/ha. Dengan 610,000 hektar tanah sawah sedia ada,Malaysia mampu menghasilkan 3.66 juta tan beras setahun.
"Sekiranya tambahan tanah baru yang bekeluasan 50,000-100,000 hektar dapat dibuka dan menggunakan teknologi yang dibangunkan ini,maka negara akan dapat menghasilkan sekurang-kurangnya tambahan 4 juta tan setahun,sekali gus dapat menamatkan keperluan import beras bermula tahun 2030," katanya.
Sementara itu,Ketua UMCoE FSIF,Dr. Fathiah Mohamed Zuki berkata,kaedah ini menggunakan bakteria bermanfaat 'Bacillus salmalaya',hasil penyelidikan UM untuk meningkatkan percambahan,ketahanan tanaman dan kesuburan tanah tanpa baja atau racun kimia.
Hasilnya,potensi pengeluaran boleh mencecah 8 tan/ha dengan kos input rendah.
"Selain menjamin keterjaminan makanan,projek ini akan membuka peluang pekerjaan luar bandar,merancakkan pelancongan agro dan menjadi model penanaman padi organik seluruh negara,selari dengan Matlamat Pembangunan Mampan PBB,khususnya SDG 2,SDG 12 dan SDG 15,serta menyokong pelaksanaan penuh PINTAR bagi memastikan keterjaminan agromakanan rakyat Malaysia.
"Pihak CoE FSIF juga memperluas usaha ini ke Borneo melalui pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan AGV Sdn. Bhd. yang akan memacu pembangunan tanaman padi berskala besar di wilayah tersebut bersama rakan industri,sekali gus memperkukuh kapasiti pengeluaran beras negara di seluruh rantau," menurut Dr. Fathiah.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur