2025-08-12 HaiPress

Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Ahmad Maslan/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Ogos – Projek Lebuhraya West Ipoh Span Expressway (WISE) kini masih berada di peringkat penyempurnaan syarat duluan yang dipersetujui bersama sebelum perjanjian konsesi berkuat kuasa sepenuhnya.
Timbalan Menteri Kerja Raya (KKR),Datuk Seri Ahmad Maslan berkata,antara syarat yang perlu dipenuhi termasuk membuktikan sumber pembiayaan lebuh raya,mengemukakan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA),Penilaian Kesan Sosial (SIA) dan Penilaian Kesan Trafik (TIA).
Katanya lagi,syarikat konsesi juga perlu mendapatkan kelulusan daripada kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkaitan.
''KKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) akan bantu mudah cara syarikat konsesi dalam proses pegambilan tanah dengan pihak jabatan serta Ketua Pengarah Tanah dan Galian Negeri Perak.
"Sebaik selesai proses ambil tanah,pihak konsensi boleh mulakan kerja pembinaan,KKR dan LLM akan pantau pelaksanaan lebuh raya WISE dengan teliti supaya projek dapat disiapkan sebagaimana yang dirancang," katanya.
Datuk Seri Ahmad menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Kangsar,Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid berhubung kelewatan penyediaan laporan tinjauan tanah bagi pembinaan lebuh raya tersebut di Dewan Rakyat.
Jelas beliau,kos pengambilan tanah sepanjang jajaran lebuh raya akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi,namun proses itu hanya akan dilaksanakan selepas perjanjian konsesi berkuat kuasa.
Proses pengambilan tanah akan dibuat mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960,bermula dengan pewartaan di bawah Seksyen 4 bagi tujuan pembekuan koridor,diikuti pewartaan Seksyen 8 bagi pengambilan tanah.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur