2025-08-12 HaiPress

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar beramah mesra bersama warga kementerian selepas Sesi Reformasi Satu Kemestian Bersama KSN Sempena Setahun Reformasi Perkhidmatan Awam di Putrajaya,hari ini/Foto BERNAMA
PUTRAJAYA,12 Ogos – Penjawat awam diingatkan supaya tidak menyalahgunakan media sosial dan sentiasa menulis perkara yang bermanfaat serta berlandaskan fakta.
Ketua Setiausaha Negara,Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar menegaskan,media sosial merupakan antara cabaran besar yang perlu ditangani kerana penyebaran maklumat tidak tepat atau berniat buruk boleh menjejaskan reputasi individu,keluarga dan perkhidmatan awam.
Menurut beliau,penjawat awam adalah barisan hadapan kerajaan dan mempunyai tanggungjawab moral untuk menjadi penyampai maklumat yang tepat serta membina persepsi positif rakyat terhadap kerajaan.
“Janganlah kita memuat naik kenyataan yang berunsur fitnah,tidak benar atau dikuasai emosi. Gunakan media sosial untuk berkongsi perkara yang baik dan membina," beliau berucap pada majlis Reformasi Satu Kemestian Bersama Ketua Setiausaha Negara Bersempena Setahun Reformasi Perkhidmatan Awam,di sini.
Pada majlis sama,Tan Sri Shamsul Azri turut melancarkan Pekeliling Pendigitalan Perkhidmatan Awam sebagai langkah memperkukuh tadbir urus digital dan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kerajaan.
Pelancaran ini selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) di bawah Teras Keempat yang memberi fokus kepada peningkatan kualiti penyampaian,merungkai kerenah birokrasi dan memudahkan prosedur pentadbiran,selaras dengan aspirasi ILTIZAM.
Empat pekeliling baharu diperkenalkan meliputi pengurusan portal dan laman web agensi sektor awam,perkhidmatan rangkaian telekomunikasi bersepadu kerajaan (MyGov*Net),tadbir urus komunikasi dan kolaboratif bersepadu kerajaan (MyGovUC),serta dasar prasarana kunci awam kerajaan (MyGPKI) bagi memperkukuh keselamatan data dan maklumat ICT kerajaan.
Langkah ini dijangka memastikan penyampaian perkhidmatan kerajaan lebih pantas,selamat,responsif dan mesra rakyat,selaras dengan aspirasi ARPA,ILTIZAM dan visi Negara Digital.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur