2025-08-12 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Ogos - 55 peratus daripada 1,639 fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara mematuhi pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga Bagi Ubat) 2025 yang berkuat kuasa,1 Mei lepas.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata,pemantauan mendapati pematuhan 900 premis swasta berada pada tahap memuaskan.
"Manakala 45 peratus lagi bersamaan 739 fasiliti masih belum mencapai tahap pematuhan yang dikehendaki,termasuk paparan harga tidak lengkap atau paparan harga yang tidak mudah diakses oleh pesakit.
"Dapatan itu menunjukkan masih terdapat keperluan bagi tindakan susulan seperti pengukuhan pemantauan,sesi bimbingan lanjut dan pelaksanaan penguatkuasaan secara berperingkat terhadap premis yang gagal mematuhi keperluan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Jawapan merujuk kepada soalan Ahli Parlimen Kuala Langat,Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mengenai status pelaksanaan pemaparan harga ubat berkenaan di kemudahan jagaan kesihatan swasta dan farmasi komuniti serta keberkesanannya dalam mengawal caj perkhidmatan jagaan kesihatan.
KKM juga bakal melaksanakan kajian impak pelaksanaan inisiatif pemaparan harga ubat bermula September ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur