2025-08-12 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid,melancarkan NurAI bersempena Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025 di Four Seasons Hotel Kuala Lumpur,hari ini/Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Ogos - NurAI,aplikasi patuh Syariah pertama di dunia bakal menjadi pemangkin kepada kesinambungan kemajuan teknologi negara,sekali gus sebagai penyelesaian teknologi menangani ketidaktepatan fakta berkaitan fatwa dan hukum Islam yang kerap disebarkan menerusi kandungan kecerdasan buatan (AI) di platform Barat.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,pelancaran NurAI berkonsepkan Large Language Model (LLM) dan dibangunkan sepenuhnya berasaskan nilai Islam,tidak hanya memproses bahasa,malah turut memahami adab,memelihara hukum,dan mengangkat maruah budaya umat Islam.
"Realitinya,majoriti sistem AI global dibangunkan di Barat atau kuasa-kuasa besar lain. Ya benar,mereka memiliki kekuatan teknologi tetapi nilai dan keutamaan mereka tidak semestinya
seiring dengan cara hidup,prinsip,dan aspirasi kita."
"Malah,ada kajian mendapati bahawa terdapat kandungan AI berkaitan Islam di platform Barat mengandungi unsur yang sangat terbabas atau bias atau ketidaktepatan fakta.
"Ini merupakan risiko besar apabila maklumat tentang Islam disampaikan tanpa konteks sebenar,fatwa dan hukum dipetik secara tidak tepat,malah ada yang secara halus menampilkan gambaran negatif terhadap agama dan budaya kita," katanya.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid turut berharap pelancaran NurAI menjadi permulaan gerakan membabitkan seluruh ekosistem negara. Beliau juga menaruh keyakinan menerusi langkah strategik yang konsisten,Malaysia berpotensi menjadi hab pendigitalan utama diyakini dunia Islam,khususnya di rantau ini.
"Saya juga yakin ekosistem AI yang kita bangunkan hari ini akan menjadi legasi Malaysia untuk dunia Islam,warisan yang berpaksikan ilmu,teknologi dan iman yang akan dikenang bukan sahaja generasi hari ini tetapi anak cucu kita di masa hadapan," beliau berucap bersempena pelancaran NurAI: LLM Syariah Pertama Dunia,di sini.
Dua tongkang ditahan, gagal patuhi undang-undang perkapalan dan imigresen
Dakwaan Malaysia bekal diesel ke Filipina tidak benar
1,204 RIBI di P. Pinang layak nikmati cukai kadar nominal RM50 setahun
Pengurusan AI elak risiko ancaman digital
Malaysia kekal pendirian larang import e-waste
KETENGAH berpotensi jadi pemacu utama pembangunan wilayah mampan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur