2025-08-12 HaiPress

Foto fail
KUALA LUMPUR,12 Ogos -Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM16.18 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam pada RM21.32 bilion.
Hari ini,BNM akan menjalankan masing-masing sebanyak dua tender repo berbalik merangkumi RM2.4 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk tempoh 31 hari,satu tender repo berbalik Islamik (jual dan beli semula) bernilai RM200 juta untuk tujuh hari serta satu tender repo berbalik semalaman sebanyak RM1 bilion selama sehari.
Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM20.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM21.5 bilion. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur