2025-08-12 HaiPress

Setiausaha Pertubuhan Penganalisis Teknikal Malaysia,Muhammad Azmi Mohd Amin.
KUALA LUMPUR,11 Ogos - Pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dilihat menjadi pemangkin pasaran,mendorong sentimen positif dalam pasaran saham tempatan,khususnya dalam tempoh jangka pendek.
Setiausaha Pertubuhan Penganalisis Teknikal Malaysia,Muhammad Azmi Mohd Amin,berkata RMK13 menjadi faktor baharu yang menarik minat pelabur di sebalik tekanan daripada faktor luaran seperti kenaikan tarif perdagangan.
Beliau menjelaskan,reaksi pasaran terhadap RMK13 terbahagi kepada dua fasa iaitu Fasa jangka pendek dan Fasa jangka sederhana dan panjang.
"Fasa jangka pendek menyaksikan pelabur memberi tumpuan kepada sektor yang jelas mendapat manfaat langsung seperti pembinaan,teknologi,tenaga boleh diperbaharui dan logistik. Aktiviti dagangan meningkat,terutamanya pada saham bertema RMK13,dengan harga bergerak naik didorong sentimen positif". Katanya selepas menjadi tetamu Biz Malaysia.
Manakala fasa jangka sederhana dan panjang pula dijangka berlaku sekiranya pelaksanaan RMK13 berjalan lancar,dengan projek-projek di bawah pelan tersebut mula diberikan kepada syarikat yang terpilih.
Keadaan ini akan meningkatkan pendapatan syarikat,mengukuhkan asas fundamental,memperbaiki mobiliti sosial,mempelbagaikan ekonomi serta menarik aliran pelaburan asing ke Malaysia.
Beliau turut mengingatkan bahawa kelestarian sentimen positif ini bergantung kepada pelaksanaan projek serta perkembangan ekonomi global.
Antara faktor yang diperhatikan ialah penangguhan tarif antara Amerika Syarikat dan China,dengan sebarang peningkatan tarif baharu berpotensi memberi impak terhadap permintaan global dan eksport Malaysia.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur