2025-08-12 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,11 Ogos - Jawatankuasa Bersama Mengenai Perubahan Iklim (JC3),yang dipengerusikan bersama oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC),menegaskan komitmen memperkukuh tindakan iklim,menerusi usaha terselaras merentas sektor kewangan.
Pada mesyuarat ke-15,JC3 mengalu-alukan sembilan ahli baharu,memperluas perwakilan pelbagai pihak dalam sektor tersebut. Mesyuarat turut membincangkan kesan perkembangan geopolitik terhadap rantaian bekalan global dan kadar penyahkarbonan,dengan penekanan kepada pendekatan pragmatik mencapai sasaran sifar bersih tanpa menjejaskan daya saing.
Penolong Gabenor BNM merangkap Pengerusi Bersama JC3,Madelena Mohamed,berkata sambutan positif terhadap Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) menunjukkan potensi memacu projek strategik seperti ASEAN Power Grid,ekonomi kitaran,pertanian lestari,biodiversiti dan penyelesaian berasaskan alam semula jadi.
“Kita mesti bertindak tegas sekarang dengan mempertingkatkan pembiayaan iklim dan inisiatif mesra alam semula jadi di Malaysia,” katanya.
Pengarah Eksekutif SC merangkap Pengerusi Bersama JC3,Salmah Bee Mohd Mydin,pula menegaskan ketersediaan data iklim penting untuk penggemblengan modal berkesan,khususnya bagi pembiayaan adaptasi,selain membantu penzahiran selaras Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
JC3 turut menyokong usaha pelaksanaan NSRF di seluruh sektor kewangan,serta akan menerbitkan Katalog Data JC3 edisi keempat pada November ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur