2025-08-14 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,13 Ogos - Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sabah disaran bekerjasama membangunkan sektor ekonomi biru sebagai strategi melonjakkan negeri itu sebagai bakul makanan utama negara.
Datuk Seri Dr Jeffrey G. Kitingan (GRS-Keningau) berkata,potensi besar negeri itu dalam sektor perikanan,pertanian dan penternakan perlu diterokai secara menyeluruh.
"Ia perlu dilaksanakan menerusi pendekatan baharu yang merangkumi keseluruhan rantaian industri dan bukan sekadar pelaksanaan projek secara berasingan," katanya.
Beliau berkata demikianketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini.
Sementara itu,Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan-Semporna) menggesa kerajaan memberi perhatian serius terhadap pelaksanaan projek pembangunan di Sabah termasuk bekalan air,sekolah daif dan Projek Pan Borneo.
"Ini yang saya mintak kerajaan melihat secara serius bagaiman dari segi pengurusan pentadbiran di negeri sabah khususnya banyak ketirisan banyak kita dengar kes rasuah yang ada ini enforcement of law takde tindakan diambil jadi akan berleluasa," katanya.
Di Sarawak,Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) meminta Kementerian Pendidikan memberi tumpuan kepada pembinaan blok tambahan di sekolah kritikal luar bandar,termasuk memperkasakan pendidikan prasekolah dengan pendedahan awal teknologi kecerdasan buatan serta peralatan digital interaktif.
Beliau turut mencadangkan penubuhan Sekolah Sukan Malaysia di Sarawak bagi mencungkil bakat atlet muda luar bandar.
Roy Angau Gingkoi (GPS-Lubok Antu) pula mencadangkan daerah itu dibangunkan sebagai pelabuhan darat memandangkan kedudukannya yang strategik berdekatan bandar utama di Kalimantan,selain menjadi pintu masuk dari wilayah tersebut.
Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur