2025-08-14 HaiPress

Menteri Agama dan MAIWP menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Pantai Dalam petang tadi/Foto MAIWP
KUALA LUMPUR,13 Ogos – Mangsa kebakaran di Pantai Dalam pada 8 Ogos lalu menerima bantuan tunai berjumlah RM25,100 daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi meringankan beban mereka.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Senator Datuk Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata,selain menyalurkan bantuan,kunjungan pihaknya bersama MAIWP turut memberi kekuatan kepada mangsa untuk tabah menghadapi ujian.
“Saya mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat dalam musibah tersebut. Ziarah ini juga untuk memberi kekuatan dan semangat agar mereka bersabar dengan ujian daripada Allah SWT.
"Kebanyakan mereka yang terkena musibah kebakaran pada 8 Ogos lalu tidak berada di rumah ketika kejadian,” katanya ketika ditemui pada Program Ziarah Musibah di Pusat Komuniti Lembah Pantai,di sini.
Terdahulu,beliau hadir bersama Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,Datuk Mohd Nizam Yahya bagi menyantuni mangsa.
Selain bantuan tunai,MAIWP turut menyumbangkan kit musibah mengandungi keperluan kebersihan diri,pakaian dan kelengkapan solat,bantuan kewangan sekali bayar serta mencadangkan skim bantuan zakat mengikut kelayakan.
“Bantuan ini tanda prihatin agar mangsa dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang. MAIWP akan terus memantau keperluan mereka,” kata Mohd Nizam.
MAIWP menegaskan komitmen untuk terus mendengar,membantu dan memberi harapan kepada mangsa dalam usaha membina semula kehidupan mereka.
Sebelum ini RTM melaporkansatu kebakaran besar berlaku di Pantai Dalam yangmemusnahkan 14 rumah setinggan dan beberapa premis perniagaan pada 8 Ogos lalu.
Kejadian itu menyebabkan 66 penduduk hilang tempat tinggal dan hanya tinggal sehelai sepinggang.
Sebahagian besar mangsa dilaporkan tidak berada di rumah ketika kebakaran berlaku dan mendapati kediaman mereka musnah sepenuhnya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur