2025-08-14 HaiPress

FOTO HIASAN
SEREMBAN,14 Ogos - Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mula diagihkan sejak Selasa lalu,memberi keceriaan buat penerimanya.
Golongan warga emas dan golongan bujang antara yang tidak terkecuali menerima inisiatif itu.
Di Negeri Sembilan,penerima STR rata-ratanya mensyukuri dengan agihan wang tunai yang diterima.
Menyantuni ibu dan ayah serta keluarga dengan membeli barangan keperluan dapur antara tujuan utama penerima STR yang ditemui pemberita.
Pesara,Mohamad Joheri Othman,berkata duit bantuan tersebut akan digunakan untuk membeli keperluan asas keluarganya.
"Saya amat gembira kerana dapat berbelanja untuk keperluan rumah dan saya berharap kerajaan akan meneruskan pemberian bantuan seumpama ini sampai bila-bila. Walaupun tidak banyak,namun alhamdulillah," katanya.
Seorang lagi pesara,Jaafar Mohd Tan juga sependapat dan meluahkan rasa syukur dan memohon agar kerajaan dapat meneruskan bayaran STR.
Perasaan itu turut dikongsi oleh Mohamad Zulkarnain yang bekerja sendiri.
"Sebagai seorang bujang walaupun jumlahnya tidak banyak,tetapi sedikit sebanyak bantu meringankan beban saya dalam menampung perbelanjaan,dengan komitmen yang banyak," ujarnya.
Terdahulu seramai 8.6 juta rakyat menerima bayaran sehingga RM650 menerusi STR Fasa 3,yang diagihkan kepada penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR.
Penyaluran bayaran dibuat sama ada melalui pengkreditan ke dalam akaun bank,atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat mengikut kategori kelayakan masing-masing.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur