2025-08-14 HaiPress

Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR,13 Ogos – UMNO menyokong penuh keputusan Jabatan Peguam Negara untuk menjalankan inkues bagi menentukan punca dan sebab kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir.
Setiausaha Agung UMNO,Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata,parti itu berharap proses inkues berkenaan dapat dikendalikan secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang.
"Moga-moga proses inkues ini kelak akan dikendalikan secara bebas dan telus mengikut peruntukan undang-undang bagi mendapatkan keadilan tuntas buat Arwah Zara Qairina," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn,ibu negara.
Terdahulu,Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,Datuk M Kumar mendapati ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kes kematian pelajar berusia 13 tahun itu.
Katanya,SOP berkenaan menetapkan bedah siasat perlu dijalankan jika punca kematian tidak dikenal pasti atau terdapat unsur mencurigakan.
Zara Qairina,13,disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I pada 17 Julai lalu,sehari selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha,Papar.
Pada 9 Ogos,kuburnya di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi,Kampung Mesapol,Sipitang digali semula untuk proses bedah siasat sebelum dikebumikan semula awal pagi Ahad.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur