2025-08-14 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan perhimpunan yang dijadualkan di Bertam,Kepala Batas,Pulau Pinang hari ini dibatalkan bagi mengelakkan pertembungan tidak sihat antara kumpulan bertentangan.
Ketua Polis Negara Dato' Sri Mohd Khalid Ismail berkata ia juga bagi memastikan keselamatan masyarakat setempat terpelihara.
“PDRM memandang serius setiap isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Sehubungan itu,PDRM mengambil maklum berhubung perhimpunan yang akan diadakan di Bertam,Kepala Batas pada 14 Ogos 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Dato' Sri Mohd Khalid berkata PDRM telah menjalankan siasatan berhubung isu pengibaran Jalur Gemilang secara terbalik yang tular di media sosial baru-baru ini,selepas menerima 38 laporan di seluruh negara,dengan 17 daripadanya diterima di Pulau Pinang dan 21 lagi di negeri lain.
“Siasatan turut merangkumi tindakan terhadap individu yang merakam dan menyebarkan rakaman itu di bawah peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.
Dato' Sri Mohd Khalid berkata kertas siasatan telah dikemukakan kepada Pejabat Pendakwa Raya Pulau Pinang pada Isnin lepas dan kini sedang dalam penelitian pihak berkenaan.
Beliau juga memberitahu,PDRM sentiasa komited melaksanakan siasatan secara telus,berintegriti dan mengikut peruntukan undang-undang demi memelihara keamanan serta keharmonian masyarakat.
“Orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan proses siasatan sebaliknya terus menyalurkan maklumat sahih kepada pihak polis,” katanya. - BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur