2025-08-14 HaiPress

Program Jelajah HAWANA 2025 tingkat pemahaman media dan literasi digital dalam kalangan pelajar/Foto Bernama
SHAH ALAM,14 Ogos - Kementerian Komunikasi komited memperkukuh pemahaman media dan literasi digital dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam menerusi Program Jelajah Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025 Bersama Siswa Peringkat Politeknik.
Program anjuran Sekretariat HAWANA,yang diterajui oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebagai rakan strategik itu membuka tirai edisi pertama dengan penganjuran di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) di sini hari ini.
Acara bermula dengan tiga sesi perkongsian ilmu membincangkan topik Mobile Journalism (MoJo) oleh Pegawai Berita Bernama Syed Iylia Hariz Al-Qadri Syed Izman dan penerangan semakan fakta oleh Editor MyCheck Malaysia dan Unit Data Journalism Bernama Sakina Mohamed.
Sesi kemudian akan diisi dengan ceramah ‘Kempen Internet Selamat’ oleh Ketua Jabatan Jabatan Libaturus dan Pentadbiran MCMC Hanita Izam Abdul Rahman.
Majlis perasmian program jelajah itu akan disempurnakan Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi Mazlan Abd Mutalib.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Datin Paduka Nur-ul Afida Kamaludin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja HAWANA 2025 dan Ketua Pengarang Arul Rajoo Durar Raj merangkap Pengarah Projek HAWANA 2025,serta Pengarah PSA Zainah Rujihan.
Sebagai simbolik kerjasama dan sokongan terhadap institusi pendidikan,Kementerian Komunikasi turut menyumbang sebuah unit televisyen pintar kepada politeknik dan kolej komuniti yang terpilih,iaitu PSA,Politeknik Metro Kuala Lumpur (PMKL),Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS),Politeknik Banting Selangor (PBS) dan Kolej Komuniti Shah Alam (KKSA),dengan dijangka menarik kehadiran lebih 600 pelajar dan pensyarah.
Untuk penutup acara,Bernama turut mengambil kesempatan menyemarakkan Bulan Kebangsaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan menyanyikan lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025,iaitu ‘Malaysia Madani Rakyat Disantuni’ bersama-sama dengan pelajar dan tetamu yang hadir.
Program Jelajah HAWANA 2025 kesinambungan daripada kejayaan edisi 2024 yang melibatkan 16 universiti awam di enam zon utama seluruh negara.
Edisi kali ini memperluas capaian dengan penglibatan institusi politeknik,sejajar dengan usaha mendemokrasikan akses terhadap ilmu komunikasi dan kesedaran media dalam kalangan pelajar pelbagai latar akademik.-BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur