2025-08-14 HaiPress

FOTO HIASAN / BERNAMA
KUALA LUMPUR,14 Ogos – Malaysia merekodkan lebih 1.37 juta usahawan informal,manakala jumlah Perusahaan Mikro,Kecil dan Sederhana (PMKS) pada tahun 2024 adalah sebanyak 1,086,386 pertubuhan,kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Seri Dr Ewon Benedick.
Beliau berkata,jumlah itu merangkumi 761,897 pertubuhan mikro,306,764 kecil dan 17,725 sederhana,berdasarkan data yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
“Bilangan PMKS yang direkodkan pada 2024 adalah 1,dengan 761,897 mikro,764 kecil,dan 17,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Ewon turut memaklumkan,sebanyak 219,015 pertubuhan milikan wanita direkodkan,termasuk 185,582 berstatus PMKS.
Mengulas pelaksanaan e-Invois,beliau berkata sehingga 31 Julai 2025,sebanyak 417 juta e-Invois telah dikeluarkan oleh 84,000 pembayar cukai,termasuk usahawan PMKS.
“Dianggarkan sebanyak 4 peratus usahawan PMKS berstatus sederhana dan kecil dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan akan terlibat dalam pelaksanaan e-Invois selepas pemakaiannya bermula pada 1 Julai 2025,” katanya.
Pelaksanaan e-Invois secara berperingkat itu adalah sebahagian daripada usaha kerajaan memperkukuh pematuhan cukai dan mendigitalisasi urusan perniagaan dalam kalangan usahawan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur