2025-08-14 HaiPress

Menteri Digital,Gobind Singh Deo ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025,di Kuala Lumpur.
KUALA LUMPUR,12 Ogos – Kerajaan akan melaksanakan Strategi Kepercayaan Digital dan Keselamatan Data 2026–2030 serta menubuhkan Suruhanjaya Data bebas bagi memperkukuh perlindungan data dan menyokong transformasi digital negara melalui ekosistem kebangsaan yang menyeluruh.
Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata langkah itu bertujuan meningkatkan tadbir urus dan keselamatan data,memperkukuh ketahanan siber,serta memastikan kemajuan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) kekal selamat,telus dan berintegriti.
“Strategi ini menjadi pelan hala tuju jangka panjang untuk menangani ancaman baharu,memelihara integriti data dan membina keyakinan awam terhadap masa depan digital negara.
“Suruhanjaya Data pula akan berperanan sebagai badan pemantau bebas yang memastikan tadbir urus data yang kukuh,di samping menggalakkan penggunaan AI secara beretika,” katanya ketika berucap merasmikan Sidang Kemuncak AI ASEAN Malaysia 2025,di Kuala Lumpur.
Menurut Gobind,kerangka Suruhanjaya Data dirangka untuk berfungsi secara saling kendali di seluruh ASEAN,membolehkan Malaysia memainkan peranan penting dalam membina kepercayaan digital di peringkat serantau.
Pendekatan proaktif itu katanya meletakkan Malaysia pada kedudukan strategik untuk memimpin pembentukan piawaian AI dan sistem digital di peringkat serantau serta global,selain mengukuhkan kerjasama ASEAN dalam membina ekosistem digital yang selamat dan berdaya tahan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur