2025-08-14 HaiPress

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming
KUALA LUMPUR,12 Ogos – ASEAN perlu bertindak secara global bagi membentuk kerjasama dinamik di luar rantau ini dalam usaha menghadapi ketidaktentuan dunia.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan,Nga Kor Ming berkata pihaknya komited mengukuhkan kerjasama serantau antara bandar-bandar ASEAN dengan fokus memudahkan pertukaran dasar dan menggalakkan tadbir urus inklusif.
“Dalam misi global memacu pembangunan bandar mampan,Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) komited mengukuhkan kerjasama serantau antara bandar-bandar ASEAN.
"Fokus kami adalah memudahkan pertukaran dasar dan kerjasama bandar-ke-bandar,menggalakkan tadbir urus bandar inklusif selaras dengan semangat ASEAN ‘Satu Visi,Satu Identiti,Satu Komuniti’,” katanya
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Pembandaran Lestari ASEAN 2025,Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (AGMF) serta Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar Ibu Negara ASEAN (MGMAC),di sini hari ini.
Menurut beliau,tumpuan turut perlu diberikan kepada usaha mengintegrasikan rangka kerja global termasuk Matlamat Pembangunan Mampan (SDG),Agenda Bandar Baharu (New Urban Agenda),serta inisiatif Bandar Pintar ASEAN ke dalam dasar tempatan.
Nga berkata,platform serantau juga perlu diwujudkan bagi membolehkan datuk bandar dan gabenor menyuarakan isu tempatan,mencipta penyelesaian bersama serta mengukuhkan solidariti serantau dari peringkat akar umbi.
“Kemajuan sebenar hanya dapat dicapai melalui tadbir urus berbilang peringkat yang melibatkan semua pihak termasuk kerajaan pusat,kerajaan tempatan,sektor swasta,masyarakat sivil,dan rakyat,” katanya lagi.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur