2025-08-14 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusuf
KUALA LUMPUR,12 Ogos - Urbanisasi di ASEAN perlu menjadi pemangkin keadilan dan peluang untuk semua,bukan sekadar memacu pertumbuhan ekonomi semata-mata.
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusuf berkata proses urbanisasi seharusnya menjadi pendorong kepada peluang dan kemajuan,selari dengan aspirasi ASEAN untuk muncul sebagai rantau ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030.
“Pusat-pusat bandar adalah tulang belakang ekonomi kita,menjana 70 peratus KDNK ASEAN dan menggerakkan ekonomi bernilai USD 3.8 trilion pada tahun 2024.
“Namun,kemakmuran ini tidak dikongsi sama rata. Kita masih melihat pencakar langit megah menjulang di atas penempatan setinggan,dan infrastruktur yang menanggung beban melebihi kapasiti,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Forum Kelestarian Urbanisasi ASEAN (ASUF),Forum Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (AGMF),serta Mesyuarat Gabenor dan Datuk Bandar ASEAN (MGMAC) 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur,di sini,hari ini.
Tambah Datuk Seri Fadillah,ASEAN tidak boleh mengabaikan krisis perumahan,mobiliti dan daya tahan iklim dalam usaha membangunkan bandar yang mampan serta inklusif untuk semua lapisan masyarakat.
Menurutnya,ASEAN kini menjadi rumah kepada 700 juta penduduk,dengan lebih 370 juta daripadanya tinggal di kawasan bandar,jumlah yang melebihi keseluruhan populasi Amerika Syarikat.
Jelasnya,tujuh daripada setiap 10 rakyat ASEAN akan tinggal di bandar menjelang 2050,sekali gus menjadikan pusat-pusat bandar sebagai teras utama pertumbuhan ekonomi rantau ini.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur