2025-08-14 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,12 Ogos - Ringgit mengekalkan momentum meningkatnyaberbanding dolar AS dan mata wang utama lain dalam peniaga dan pelabur menunggu data Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan malam ini.
Pada 6 petang,mata wang tempatan mengukuh kepada 4.2290/2320,naik 0.08 peratus berbanding dolar AS daripada 4.2320/2360 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bacaan pada Julai yang lebih tinggi daripada jangkaan boleh mendorong Rizab Persekutuan (Fed) AS mempertimbangkan semula untuk menurunkan Kadar Dana Persekutuan pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) pada September.
Beliau berkata anggaran akhir bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua Malaysia juga akan dipantau.
Indeks Pengeluaran Perindustrian serta Indeks Perkhidmatan dan Kerja Pembinaan Selesai bagi suku kedua menunjukkan angka akhir KDNK mungkin lebih rendah daripada anggaran awal rasmi sebanyak 4.5 peratus.
“Anggaran kami menunjukkan KDNK bagi suku kedua mungkin sebanyak 4.3 peratus. Oleh itu,hala tuju pertumbuhan akan menentukan tahap akomodatif dasar monetari berdasarkan prospek ekonomi global yang lemah,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada2.8490/8512 daripada 2.8657/8686 pada Isnin,naik berbanding euro kepada4.9090/9125 daripada 4.9269/9316 semalam dan tinggi berbanding pound kepada 5.6905/6946 daripada 5.6933/6987.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2867/2893 daripada 3.2936/2973 semalam dan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0135/0300 daripada 13.0569/0769.
Mata wang tempatan turut meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 259.6/259.9 daripada 259.9/260.3 sebelum ini dan naik berbanding peso Filipina kepada7.41/7.42 daripada 7.42/7.43. - BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur