2025-08-14 HaiPress

Nikkei 225 mencatat kenaikan setinggi 1.4 peratus untuk mencecah paras rekod baharu 43,309.62/Foto REUTERS
TOKYO,13 Ogos - Indeks Nikkei Jepun melonjak melebihi 43,000 mata buat kali pertama dalam sejarah pada Rabu,didorong oleh prestasi positif di Wall Street semalaman dan sentimen pelabur yang terus meningkat.
Nikkei 225 mencatat kenaikan setinggi 1.4 peratus untuk mencecah paras rekod baharu 43,309.62,meneruskan momentum kenaikan untuk hari keenam berturut-turut dan melonjak 7.5 peratus sejak 4 Ogos lalu.
Indeks Topix yang lebih luas turut menokok 1 peratus kepada 3,097.94,juga mencatat paras tertinggi sepanjang masa dan mengukuh selama enam sesi dagangan berturut-turut.
Lonjakan ini mencerminkan keyakinan pasaran terhadap prospek ekonomi global,khususnya selepas isyarat pemulihan kukuh di pasaran saham Amerika Syarikat.- REUTERS
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur