2025-08-14 HaiPress

Penasihat Takaful,Normawati Hamzah
KUALA LUMPUR,13 Ogos - Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) terus memperkukuh peranan kewangan Islam dalam memacu pembangunan ekonomi negara dengan penekanan kepada pendigitalan produk takaful dan hibah.
Langkah ini sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat,terutama golongan B40 mendapat akses mudah dan berkesan kepada perlindungan kewangan berasaskan syariah.
Menurut Penasihat Takaful,Normawati Hamzah,hibah dan takaful bukan sahaja menyediakan persediaan kewangan untuk semua generasi,malah berperanan penting dalam membantu pemilik syarikat memastikan kesinambungan selepas kematian,membiayai pengurusan harta pusaka,serta menggantikan pendapatan keluarga.
"Hibah bukan sekadar berfungsi sebagai wang ringgit yang membantu,tetapi juga boleh menjadi pengganti seperti Mutual Legal Title Transfer (MLTT) dan rumah.
"Dalam konteks Islam,hibah adalah sebahagian daripada takaful dengan segala urusan caruman dijalankan mengikut prinsip patuh syariah yang memberi keyakinan penuh kepada pengguna. Oleh itu,orang ramai tidak perlu meraguinya," katanya ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu program Biz Malaysia di Angkasapuri.
Menurut Normawati,hibah dan takaful kini boleh diperoleh secara atas talian,sekali gus meningkatkan aksesibiliti dan memudahkan rakyat merancang kewangan mengikut prinsip syariah yang semakin diterima dan diyakini.
Beliau menegaskan kewangan Islam,khususnya produk takaful dan hibah akan terus menjadi instrumen penting bagi memastikan kestabilan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat dalam tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur