2025-08-14 HaiPress

Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2115/2285 berbanding dolar AS daripada 4.2290/2320 semasa ditutup pada Selasa
KUALA LUMPUR,13 Ogos - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini,disokong oleh penurunan 0.43 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.097 selepas kadar inflasi AS lebih rendah daripada jangkaan.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2115/2285 berbanding dolar AS daripada 4.2290/2320 semasa ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,ringgit mungkin mendapat sokongan hari ini dengan dolar AS-ringgit (USD/MYR) dijangka diniagakan antara RM4.20 hingga RM4.23 dalam persekitaran kebarangkalian tinggi penurunan kadar faedah AS akan berlaku.
Beliau berkata kadar inflasi AS lebih rendah sebanyak 2.7 peratus pada Julai,sebahagian besarnya didorong oleh penyederhanaan dalam Sewa Setara Pemilik (OER) kepada 4.1 peratus selepas berada pada 4.2 peratus selama dua bulan berturut-turut.
OER menyumbang kira-kira 25 peratus daripada wajaran Indeks Harga Pengguna (CPI),katanya.
"Indeks ekuiti penanda aras AS meningkat lebih daripada satu peratus manakala hasil pada nota Perbendaharaan AS dua tahun jatuh empat mata asas kepada 3.73 peratus.
"Ini menunjukkan bahawa inflasi tajuk lebih rendah daripada unjuran telah mengukuhkan jangkaan untuk penurunan kadar AS,mendorong kenaikan dalam pasaran ekuiti," katanya kepada Bernama.
Pada pembukaan,ringgit diniagakan kebanyakannya lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan jatuh berbanding yen Jepun kepada 2.8502/8619 daripada 2.8490/8512 ketika ditutup pada Selasa dan merosot berbanding euro kepada 4.9182/9380 daripada 4.9090/9125 semalam,bagaimanapun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.6876/7106 daripada 5.6905/6946.
Sementara itu,mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia naik berbanding dolar Singapura kepada 3.2825/2960 daripada 3.2867/2893 ketika ditutup semalam dan melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.9965/13.0570 daripada 13.0135/0300 sebelumnya.
Ringgit juga menokok berbanding rupiah Indonesia kepada 258.5/259.6 daripada 259.6/259.9 sebelum itu dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.38/7.41 daripada 7.41/7.42 sebelumnya. -BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur