2025-08-14 HaiPress

RHB Investment Bank mengekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 Malaysia pada 4.2 peratus dengan potensi meningkat kepada 4.4 peratus.
KUALA LUMPUR,13 Ogos - RHB Investment Bank (RHB IB) mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 Malaysia pada 4.2 peratus,dengan potensi meningkat kepada 4.4 peratus.
Dalam nota penyelidikan hari ini,katanya pemangkin utama termasuklah panduan yang lebih jelas mengenai kadar tarif Amerika Syarikat (AS),ketegangan perdagangan AS-China yang meredadan langkah-langkah rangsangan domestik.
“Pengurangan tarif AS kepada 19 peratus daripada 25 peratus akan menjadi sentimen positifmanakala langkah Presiden AS Donald Trump melanjutkan tarikh akhir untuk tarif lebih tinggi ke atas China kepada 10 Nov memberi kelegaan sementara daripada risiko yang meningkat.
“Pada peringkat domestik,pemberian tunai Merdeka berjumlah RM2 bilion dijangka memberirangsangan sederhana terhadap penggunaan,menambah anggaran 0.2 mata peratusan kepada KDNK 2025berdasarkan kecenderungan penggunaan sebanyak 0.5 serta kadar cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak lima hingga 10 peratus,” katanya.
Trump mengumumkan pelan untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas semikonduktor buatan asing,dengan pengecualian dijangka kepada syarikat yang mempunyai pelaburan di AS.
Pengecualian untuk produk semikonduktor kekal tertakluk kepada siasatan Jabatan Perdagangan AS yang sedang dijalankan di bawah Seksyen 232 Akta Perluasan Perdagangan 1962. Tarif masih boleh dikenakan bergantung pada hasil siasatan.
Sebagai pengeksport semikonduktor keenam terbesar di dunia,Malaysia mencatatkan lebih RM600 bilion untuk eksport elektrik dan elektronik tahun lepas.- BERNAMA
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur