2025-08-14 HaiPress

Foto Facebook Gobind Singh Deo
KUALA LUMPUR,13 Ogos – Kementerian Digital komited membangunkan bandar pintar berasaskan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian strategi memperkukuh transformasi digital negara.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata,ke arah itu,kementerian memfokuskan pelaksanaan National Digital Twin yang melibatkan pembangunan rangkaian kenderaan autonomi merangkumi robot,dron dan sistem automasi lain.
Teknologi itu akan digabungkan dengan kekuatan dan inisiatif sedia ada di peringkat negeri bagi membentuk rangka kerja bandar pintar yang lebih bersepadu.
"Kita telah melihat sendiri banyak kemajuan yang telah dilaksanakan di peringkat negeri dalam pembinaan Pusat Kawalan Bandar Pintar.
"Soalnya kini,bagaimana kita boleh menggabungkan semua kekuatan itu di peringkat negeri untuk dibawa ke peringkat pusat," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Geran Perusahaan 5G dan Bandar AI 2025 di ibu negara.
Kementerian turut menekankan kepentingan kerjasama antara kerajaan,pihak berkuasa tempatan,industri dan akademia bagi memastikan pembangunan bandar pintar dilaksanakan secara menyeluruh.
Bagi merealisasikan aspirasi tersebut,pihaknya akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar Kuala Lumpur 2025 (SCEKL25) pada 17–19 September depan,yang akan menjadi platform untuk menonjolkan transformasi bandar pintar negara serta menggalakkan kerjasama antara pemimpin bandar,inovator dan penyedia penyelesaian digital.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur