2025-08-15 HaiPress

Sultan Pahang,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat melakukan lawatan ke Kampung Mukut / Foto Facebook Kesultanan Pahang
ROMPIN,14 Ogos – Kampung Mukut,Pulau Tioman menjadi lokasi pertama program Jangkau Digital Telekom Malaysia Berhad (TM) sebagai Kampung Eko Pintar.
Inisiatif ini menggabungkan ketersambungan digital,pemerkasaan ekonomi,pendidikan dan pemeliharaan alam sekitar.
Program disempurnakan Sultan Pahang,Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena lawatan Baginda ke kampung itu.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM,Amar Huzaimi Md Deris berkata,usaha transformasi bermula dengan pemasangan kabel dasar laut sepanjang 75 kilometer dari Kuala Rompin.
Langkah itu memperkukuh jalur lebar fiber berkelajuan tinggi dan liputan mudah alih di seluruh Pulau Tioman.
“TM komited membawa teknologi digital ke kawasan pedalaman dan pulau-pulau supaya masyarakat tempatan tidak ketinggalan dalam arus transformasi negara,” katanya.
Di Kampung Mukut,kemudahan ditambah dengan pemasangan WiFi luar bangunan dan Sistem CCTV Vision AI TM.
Pengusaha pelancongan,inap desa dan penyedia bot pelancong turut disenaraikan dalam portal pelancongan komuniti visitmukut.com.
Sekolah Kebangsaan Mukut kini dihubungkan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Tekek,sekolah hab digital utama Tioman.
Langkah itu membolehkan perkongsian sumber dan akses kepada peralatan digital canggih.
Kabel dasar laut itu juga membentuk terumbu buatan,menjadi habitat penting hidupan marin serta menyokong biodiversiti jangka panjang.
Program Jangkau Digital TM akan diperluas ke pulau lain dan kawasan luar bandar di seluruh negara.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur