2025-08-15 HaiPress

Taklimat Akta dan Protokol Penggunaan Jalur Gemilang sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025
PUTRAJAYA,14 Ogos – Pendidikan berterusan mengenai tatacara penggunaan Jalur Gemilang yang betul perlu diperkukuh bagi memastikan bendera kebangsaan dihormati dan digunakan mengikut protokol serta spesifikasi rasmi yang ditetapkan.
Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian,Seksyen Anugerah dan Persidangan Antarabangsa,Azman Ishak,usaha berterusan diyakini mampu membentuk kesedaran dalam kalangan masyarakat.
"Pelbagai kesalahan termasuk pemasangan bendera yang tidak tepat serta penggunaan infografik yang salah masih dikesan dan perlu diperbetulkan melalui program penerangan secara konsisten," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat Akta dan Protokol Penggunaan Jalur Gemilang sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 di sini hari ini.
Taklimat Khas anjuran Jabatan Penerangan Malaysia itu turut merangkumi penerangan mengenai Kecerdasan Buatan (AI),Identiti Nasional: Memelihara dan Menghormati Jalur Gemilang Di Alam Digital dan Inisiatif 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.
Pada masa sama belitu turut mengingatkan bahawa penggunaan Jalur Gemilang dalam bentuk diubah suai,gambar atau rekaan fizikal bagi mempromosikan sambutan Bulan Kebangsaan adalah dilarang.
Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap individu atau syarikat yang melanggar peraturan penggunaan lambang dan nama negara seperti diperuntukkan bawah Akta 414,Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963,serta Akta 193,Akta Lambang Kebangsaan (Kawalan Mempamer) 1949.
Mana-mana pihak yang menghina atau melakukan provokasi melampau terhadap Jalur Gemilang juga boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan 1948 (Akta 15).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur