2025-08-15 HaiPress

Pegawai wanita Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas di Kaunter Pemeriksaan Imigresen,Balai Berlepas,KLIA Terminal 1
SEPANG,14 Ogos – Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengutuk sekeras-kerasnya insiden serangan fizikal dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap seorang pegawai wanita Jabatan Imigresen Malaysia yang bertugas di Kaunter Pemeriksaan Imigresen,KLIA Terminal 1 pada 13 Ogos,sekitar pukul 7.40 pagi.
Dalam insiden tersebut,seorang penumpang warganegara asing telah bertindak memaki hamun,menarik tudung,serta menolak kepala pegawai hingga menyebabkan kecederaan ringan.
Menurut kenyataan KPISM,tindakan pantas oleh pasukan keselamatan lapangan terbang berjaya mengawal keadaan sebelum kes dirujuk kepada pihak berkuasa untuk siasatan dan tindakan undang-undang selanjutnya.
“Tindakan provokasi atau mencederakan penjawat awam adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,tanpa mengira kewarganegaraan pelaku,” tegas Presiden KPISM,Ajeet Singh Gurbax Singh.
Beliau turut menegaskan bahawa tindakan yang bertentangan dengan undang-undang Malaysia boleh disifatkan sebagai mencabar kedaulatan undang-undang negara,dan setiap pelancong wajib menghormati undang-undang negara yang mereka lawati.
Kesatuan itu turut menyeru pihak pengurusan Agensi Kawalan Pintu Sempadan (AKPS) agar mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan keselamatan pegawai bertugas serta pelancong lain,termasuk mempertimbangkan semula cadangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di setiap kaunter imigresen bagi tujuan pemantauan lebih komprehensif.
“Mengasari pegawai ketika bertugas bukan sahaja perbuatan biadab,malah mencemarkan imej negara dan mengancam keselamatan pintu masuk antarabangsa,” tambah Ajeet Singh.
Sebagai kesatuan yang mewakili anggota imigresen,KPISM memberi jaminan akan menyediakan bantuan kebajikan dan guaman kepada pegawai terlibat sehingga proses keadilan selesai.
KPISM turut menggesa agar siasatan dipercepatkan dan tindakan pendakwaan dilakukan tanpa kompromi terhadap individu terlibat.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur