2025-08-15 HaiPress
Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu juga berjaya melaksanakan tindakan pelucuthakan terhadap aset bernilai hampir RM28 bilion dalam tempoh lima tahun. Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Ogos - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas aset bernilai RM31.4 bilion hasil daripada aktiviti rasuah sejak lima tahun lepas.
Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki berkata suruhanjaya itu juga berjaya melaksanakan tindakan pelucuthakan terhadap aset bernilai hampir RM28 bilion dalam tempoh sama.
Jumlah berkenaan termasuk sitaan aset bernilai kira-kira RM183 juta susulan serbuan terhadap sindiket penyeludupan menerusi Ops Metal.
“Turut disita aset hartanah bernilai RM620 juta dalam siasatan projek pembangunan rangkaian fiber dan aset wang tunai,kereta mewah serta akaun bank bernilai RM36 juta dalam kes penyelewengan dana pembinaan lebuh raya.
“SPRM juga menyita aset mewah bernilai RM32 juta dari kediaman seorang ‘Tan Sri’ yang melibatkan 217 jam tangan mewah dan 27 tas tangan berjenama,” katanya dalam kenyataan.
Selain itu,beliau berkata Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM hingga kini sedang menguruskan 41 harta tidak alih seperti tanah dan bangunan yang masih menunggu pelupusan.
Tan Sri Azam menegaskan operasi yang dijalankan itu adalah bukti jelas SPRM proaktif dalam mengesan,menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti rasuah dan penggubahan wang haram.
"Angka ini bukan sekadar statistik malah mencerminkan komitmen SPRM dalam memulihkan aset hasil jenayah kepada negara,” katanya.-BERNAMA
Proven Strength, New Chapters Ahead: Chery Super Hybrid (CSH) Global Endurance Test Concludes in Triumph, Paving the Way for the 2025 Chery Brand User Summit
Sentimen elak risiko dorong ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar
Pasaran kewangan domestik kekal teratur meskipun terdapat ketidaktentuan global
Gangguan Aerotrain, MAHB bakal lantik penilai bebas laksana semakan menyeluruh
KWAP lancar Dana Iklim+, galak pelaburan hijau negara
MITI, MoF bincang insentif baharu galak penggunaan EV
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur