2025-08-15 HaiPress

FOTO Yayasan Tuanku Syed Putra
BUKIT BENDERA,15 Ogos – Budaya buli di sekolah atau di mana-mana peringkat sekalipun perlu dihapuskan sepenuhnya.
Raja Muda Perlis,Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah,gejala yang semakin membimbangkan ini harus dibendung melalui pendekatan berkesan dan langkah drastik agar tidak terus merebak sehingga menjadi barah dalam masyarakat.
Demikian titah baginda menurut kenyataan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis ketika merasmikan Bengkel Ke Arah Pembinaan Jati Diri Yang Cemerlang di Penang Hill Gallery @ Edgecliff.
Seramai 103 pelajar terpilih dari seluruh negeri Perlis,membabitkan pelajar terbaik serta pengawas terpilih sekolah-sekolah menengahseluruh negeri,menyertai bengkel berkenaan. Mereka turut menurunkan tandatangan sebagai sokongan kepada kempen “Say No To Bully!! Buli Bukan Budaya Kami”.
Sebagai sebahagian pengisian bengkel,para peserta mengadakan lawatan sekitar Penang Hill Gallery @ Edgecliff,disusuli pembelajaran santai sambil beriadah di sekitar Bukit Bendera. Pendekatan pembelajaran di luar bilik darjah ini menjadi elemen unik dalam memupuk minat belajar,sekali gus membuktikan bahawa proses menimba ilmu tidak terbatas hanya di sekolah.
Bengkel tersebut dianjurkan YTSP Perlis dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,Yayasan Bank Rakyat serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) yang sentiasa komited menyokong pembangunan pendidikan anak-anak negeri Perlis.
Berangkat sama,Raja Puan Muda Perlis,Tuanku Dr. Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan anakanda putera,Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.
FOTOYayasan Tuanku Syed PutraEmpat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur