2025-08-15 HaiPress

Foto Fail
KUDAT,15 Ogos - Seorang maut manakala dua terselamat dalam kejadian lemas di perairan Pantai Bangau Sikuati,berhampiran sebuah kilang di Kudat,petang semalam.
Menurut Komander Operasi Bomba Kudat,Rasidi Sadai dalam satu kenyataan,mayat mangsa,Mohd Azman Idris,31 tahun ditemukan berhampiran pantai dan disahkan meninggal dunia.
Sementara itu,dua yang terselamat diberi rawatan di lokasi kejadian.
"Dalam kejadian itu,mangsa terjatuh di dalam laut dan dihanyutkan ombak semasa memantau kerja-kerja memunggah pasir silika atas sebuah kapal.
"Dua pekerja lain cuba terjun ke laut untuk membantu,namun ketiga-tiganya gagal naik semula ke kapal kerana tiada tali keselamatan," kata kenyataan itu.
Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur