2025-08-15 HaiPress

Persembahan patriotik oleh petugas kesihatan pada Majlis Perhimpunan Pagi Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) dan Penyerahan Kit Jalur Gemilang. Foto- BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Ogos - Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang kini diperluaskan kepada kluster kesihatan bermula hari ini bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN),Julina Johan,berkata kempen yang dilaksanakan sejak tahun lalu sebelum ini hanya melibatkan lima kluster,namun tahun ini sektor kesihatan dijadikan antara tumpuan utama bagi memberi impak lebih meluas kepada masyarakat.
“Pelancaran kempen bagi kluster kesihatan telah diadakan di peringkat kementerian baru-baru ini,disempurnakan oleh Menteri Kesihatan,dan Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) merupakan lokasi permulaan kempen. Insya-Allah,menyusul selepas ini di Hospital Orang Asli Gombak dan Klinik Kesihatan Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau menjelaskan,usaha mengibarkan Jalur Gemilang tidak hanya tertumpu di premis kerajaan,malah turut digalakkan di premis perniagaan,kediaman persendirian,dan kawasan komuniti setempat.
Julina turut berharap masyarakat mematuhi tatacara dan etika yang betul dalam pengibaran Jalur Gemilang.
Bagi menyokong usaha itu,JAPEN menyediakan rujukan dalam talian melalui Portal Dbook yang memuatkan koleksi bahan penerbitan rasmi termasuk panduan digital berkaitan pengibaran Jalur Gemilang.
“Boleh rujuk kepada Dbook yang memuatkan panduan bagaimana untuk menggantung Jalur Gemilang. Dalam masa yang sama,prosedur atau penggantungan bendera ini boleh dibuat secara kolaborasi,dan portal Bahagian Istiadat turut memberi penekanan tentang cara penggantungan yang betul untuk dipatuhi. Kita perlu meletakkan Jalur Gemilang di tahap yang kita hormati dan banggakan,” katanya.
Julina berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Pagi Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) bagi bulan Ogos di sini,hari ini.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur