2025-08-15 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 Ogos - Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM22.52 bilion dalam pasaran konvensional manakala dana Islam pada RM24.89 bilion.
Hari ini,BNM akan menjalankan sebanyak dua tender repo berbalik merangkumi RM3.4 bilion untuk tempoh tujuh hari dan RM1.5 bilion untuk tempoh 33 hari.
Bank pusat itu juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar bagi tempoh seminggu,sebulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM27.4 bilion dan tender semalaman Murabahah RM24.9 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur