2025-08-15 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,15 Ogos - Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025,mengekalkan kadar pertumbuhan sama seperti suku sebelumnya.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin,pertumbuhan ekonomi pada tempoh itu disokong prestasi kukuh oleh permintaan domestik yang kukuh,aktiviti pelaburan swasta dan awam yang mantap serta sektor pelancongan yang rancak.
"Peningkatan itu dipacu oleh perbelanjaan isi rumah yang kukuh berikutan pasaran kerja yang positif,aktiviti pelaburan yang rancak,serta sokongan berterusan daripada eksport elektrik dan elektronik serta sektor pelancongan," katanya pada sidang media prestasi ekonomi suku kedua 2025,hari ini.
Tambah beliau,ketahanan ekonomi Malaysia dapat dilihat melalui kekuatan permintaan domestik yang berterusan,didorong oleh perbelanjaan pengguna dan pengeluaran perindustrian,walaupun permintaan luar lebih lemah.
Dari segi pengguna,pertumbuhan itu dipacu oleh perbelanjaan musim perayaan dan aktiviti perjalanan yang lebih tinggi,serta pelaburan yang direalisasikan dalam projek berkaitan pembinaan terutamanya pusat data.
Gabungan pasaran buruh yang kukuh,kadar pengangguran dan inflasi yang rendah serta bantuan kewangan bersasar telah meningkatkan kuasa beli isi rumah.
Secara keseluruhan,perbelanjaan domestik kekal menjadi pemacu utama pertumbuhan,lantas menjadi asas yang kukuh kepada ekonomi.
Namun,keadaan luaran terus memberikan cabaran,dipengaruhi perkembangan tarif yang berterusan serta ketidakpastian politik global yang berpanjangan.
Sementara itu,Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan,inflasi keseluruhan menurun kepada 1.3 peratus,manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.8%.
Penurunan berkenaan sebahagian besarnya disebabkan oleh harga bahan api yang lebih rendah seperti petrol RON97 dan diesel dan peningkatan harga yang lebih perlahan bagi item berkaitan makanan,khususnya makanan segar dan makanan di luar rumah.
Inflasi keseluruhan bagi 2025 diunjur kekal sederhana,pada purata antara 1.5% hingga 2.3% berikutan prospek kos dan permintaan yang lebih sederhana berbanding unjuran pada bulan Mac 2025.
Sama seperti negara-negara lain,BNM menjangkakan perkembangan tarif perdagangan akan mempengaruhi prospek global dan pertumbuhan Malaysia pada tahun 2025.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur