2025-08-15 HaiPress

Gabenor Bank Negara,Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour menyampaikan taklimat mengenai perkembangan ekonomi dan kewangan pada suku kedua 2025 di Sasana Kijang. Foto- BERNAMA
KUALA LUMPUR,15 Ogos - Ringgit mengukuh sebanyak 5.1 peratus berbanding dolar AS pada suku kedua 2025,yang sebahagian besarnya didorong oleh kelemahan dolar AS secara meluas,kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata keadaan ini didorong oleh jangkaan pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih perlahan,ketidakpastian yang semakin ketara berhubung dengan dasar perdagangan AS dan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kestabilan fiskal AS.
“Selain itu,usaha terselaras yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan dan BNM,termasuk libat urus dengan syarikat korporat dan pelabur,telah menggalakkan aliran dua hala dalam pasaran pertukaran asing domestik seperti yang diperhatikan dalam suku kedua,” katanya ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 di sini hari ini.
Kadar pertukaran efektif nominal (NEER) ringgit bertambah sebanyak 1.5 peratus berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia pada suku kedua 2025.
Datuk Abdul Rasheed berkata kadar pertukaran ringgit akan terus dipengaruhi oleh faktor luaran.
Bagaimanapun,prospek ekonomi Malaysia dan pembaharuan struktur dalam negeri yang menggalakkan,bersama-sama dengan inisiatif berterusan bagi menggalakkan aliran,akan terus memberikan sokongan kepada ringgit.
“BNM kekal komited untuk memastikan fungsi pasaran pertukaran asing domestik yang teratur,” katanya.-BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur