2025-08-19 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Lebih 2,000 permohonan permit masuk yang diterima tahun lalu akan diselesaikan selewat-lewatnya bulan ini. Manakala 1,900 permohonan setakat Jun tahun ini,dijangka selesai pada September depan.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,langkah itu membolehkan kementerian mengurus purata 300 permohonan baharu sebulan,selaras dengan piagam pelanggan yang menetapkan setiap permohonan perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan.
“Sepanjang tahun 2024 terdapat 2,575 permohonan dan bulan ini juga kami akan selesaikan semuanya. Setakat Jun 2025,kita ada 1,900 permohonan dan saya minta Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Jabatan Pendaftaran Negara untuk menyiapkannya selewat-lewatnya September ini.
“Ini kerana kami telah mengemukakan kriteria baharu yang lebih jelas sebagai panduan. Antaranya,setiap permohonan permit masuk perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan mengikut piagam pelanggan dan tidak lagi mengambil masa bertahun-tahun seperti sebelum ini",katanya dalam sesi Dewan Rakyat.
Tambahnya,ini termasuk memperkenalkan tempoh perkahwinan bagi pasangan isteri warga asing dengan suami warganegara dipendekkan daripada lima tahun kepada tiga tahun sebelum layak memohon permit masuk bagi taraf Pemastautin Tetap (PR).
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bakri,Tan Hong Pin mengenai perkembangan menyelesaikan baki 11,000 permohonan PR.
Dalam pada itu,beliau memaklumkan,sejak penubuhan pasukan petugas khas Jabatan Imigresen,kesemua 19,205 permohonan tertunggak dari 2013 hingga 2023 telah berjaya diselesaikan,dengan 15,081 diluluskan,manakala 4,124 ditolak.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur