2025-08-19 HaiPress

Datuk Sri Azalina Othman Said berkata istilah “buli” tidak mempunyai takrif khusus dalam Kanun Keseksaan,sebaliknya ditafsir melalui seksyen lain.
KUALA LUMPUR,19 OGOS - Kerajaan sedang meneliti kemungkinan mewujudkan undang-undang atau tribunal khas bagi menangani kes buli khususnya melibatkan kanak-kanak dan pelajar di institusi pendidikan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),Datuk Sri Azalina Othman Said berkata ketika sidang media,istilah “buli” tidak mempunyai takrif khusus dalam Kanun Keseksaan,sebaliknya ditafsir melalui seksyen lain seperti gangguan seksual,penderaan atau kesalahan jenayah lain.
“Sebenarnya tiada definisi khusus bagi perkataan buli dalam undang-undang. Ia dibaca bersama peruntukan lain seperti gangguan seksual,penderaan atau kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Jadi,kita perlu kaji sama ada perlu diwujudkan undang-undang khusus.”
Antara cadangan yang sedang diperhalusi termasuk mewujudkan tribunal khas yang memberi tumpuan kepada pendekatan pemulihan selain hukuman,selari dengan keperluan kanak-kanak dan pelajar yang masih berada dalam proses pembelajaran.
“Mungkin kita perlu tribunal seperti Tribunal Gangguan Seksual,yang bukan hanya bersifat menghukum,tetapi lebih kepada pemulihan. Hukuman boleh jadi langkah terakhir,tetapi pencegahan adalah lebih utama.”
Tambah beliau,cadangan tersebut akan dibincangkan di peringkat Kabinet termasuk bersama Kementerian Pendidikan bagi menilai keberkesanan garis panduan sedia ada dan keperluan undang-undang baharu.
Beliau berkata demikian ketika temubual sidang media selepas merasmikan Asean Law Forum 2025 di ibu negara.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur