2025-08-19 HaiPress

FOTO BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Ogos - Dasar Gaji Progresif yang dilaksanakan kerajaan,bukan sahaja bertujuan mencapai pengagihan pendapatan yang lebih seimbang dalam kalangan pekerja,tetapi juga disifatkan satu langkah signifikan untuk meningkatkan kualiti hidup.
Timbalan Menteri Ekonomi,Datuk Hanifah Hajar Taib berkata pada masa yang sama dasar itu yang merupakan sebahagian daripada kerangka Ekonomi MADANI,turut memastikan produktiviti dan kelestarian operasi syarikat tidak terjejas.
Malah,mampu meningkatkan prestasi dan produktiviti pekerja serta mengurangkan kadar kemiskinan.
"Dari segi dasar gaji progresif,kita mahu memastikan tahap pendapatan dan kualiti hidup pekerja yang lebih tinggi sejajar dengan produktiviti. Selain itu,ia juga mengimbangi keperluan pekerja dan menangani kebimbangan utama pihak majikan.
"Dan pelaksanaan dasar itu berteraskan tiga ciri asas,iaitu bersifat sukarelawan,inisiatif dan produktiviti," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan yang dikemukakan Datuk Willie Mongin (GPS-Puncak Borneo) dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
Datuk Hanifah Hajar juga berkata Ekonomi MADANI merupakan satu kerangka komprehensif bertujuan mengimbangi cabaran ekonomi termasuk pertumbuhan gaji dan upah yang perlahan dan beban kos sara hidup.
Pada tahun 2023,gaji dan upah penengah bulanan meningkat 0.7% kepada RM2,602 berbanding tahun 2022.
Pencapaian ini selaras dengan sasaran RM2,700 pada tahun 2025 di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan RM3,500 ringgit pada tahun 2030 bagi RMK13.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur