2025-08-19 HaiPress

Datuk Sri Azalina Othman berkata ADR mampu memberi ruang privasi kepada pihak-pihak terlibat,berbanding perbicaraan di mahkamah terbuka.
KUALA LUMPUR,19 OGOS - Malaysia menekankan kepentingan Alternate Dispute Resolution (ADR) seperti mediasi,timbang tara dan adjudikasi sebagai kaedah utama penyelesaian pertikaian di rantau ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),Datuk Sri Azalina Othman Said,ADR bukan sahaja mampu mengurangkan kos dan mempercepatkan penyelesaian kes,tetapi juga memberi ruang privasi kepada pihak-pihak yang terlibat,berbanding perbicaraan di mahkamah terbuka.
“Kalau kita boleh gunakan mediasi sebagai platform terendah,kos boleh dikurangkan,beban mahkamah berkurang,dan rakyat dapat penyelesaian lebih cepat. ADR ini juga boleh jadi bahasa bersama ASEAN.”
Beliau menegaskan,walaupun negara-negara ASEAN mempunyai sistem undang-undang berbeza namun ADR boleh dijadikan platform seragam untuk menyatukan prosedur penyelesaian pertikaian serantau.
“Walaupun ASEAN tidak berkongsi sistem undang-undang yang sama,ADR boleh digunakan di semua negara. Ia memberi keyakinan kepada pelabur bahawa pertikaian boleh diselesaikan dengan cepat dan adil.”
Tambah beliau,Malaysia baru-baru ini telah meminda Akta Timbang Tara 2005 dan Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (CIPAA) bagi memperkukuh rangka kerja ADR,di samping menyemak semula Akta Mediasi 2012 untuk membolehkan Malaysia mengesahkan Singapore Convention on Mediation.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur