2025-08-19 HaiPress

Anthony Loke Siew Fook
KUALA LUMPUR,19 Ogos - Kerjasama strategik Malaysia-Thailand terus dipergiat bagi merealisasikan sambungan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang seterusnya ke wilayah Thailand.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata,usaha itu demi memastikan projek ECRL memberi manfaat menyeluruh termasuk merancakkan pembangunan ekonomi di kawasan sempadan.
Beberapa perkara perlu diperincikan termasuk kesediaan kerajaan thailand menyokong sambungan itu dari aspek infrastruktur sebelum memasuki fasa kajian kebolehlaksanaan.
"Dua perkara utama perlu diperincikan sebelum cadangan ini dapat memasuki fasa kajian kebolehlaksaan. Pertamanya adalah kesediaan Kerajaan Thailand untuk menyokong sambungan ini termasuk aspek infrastruktur di bahagian Thailand.
"Perkara kedua yang perlu diperincikan adalah sama ada sambungan tersebut patut menggunakan infrastruktur ECRL atau Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Pasir Mas,Ahmad Fadhli Shaari berkenaan perkembangan kajian sambungan projek ECRL ke Rantau Panjang.
Tambahnya,Kementerian Pengangkutan juga sedang menyediakan memorandum persefahaman (MoU) Pengangkutan Rentas Sempadan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur