2025-08-19 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR,19 Ogos -Kerajaan mempunyai lima peruntukan undang-undang utama bagi membanteras jenayah bertukar-tukar pasangan untuk mengadakan hubungan seks atau 'swinger' dalam talian yang kini turut melibatkan pelajar universiti serta penjawat awam.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,pendekatan undang-undang itu membolehkan pihak polis mengambil tindakan mengikut kesesuaian setiap kes.
Jelasnya,antara akta yang terpakai termasuk Kanun Keseksaan,Akta Komunikasi dan Multimedia,Akta Kesalahan Seksual Kanak-kanak 2017,Akta Penapisan Filem dan Enakmen Syariah negeri.
"Daripada sudut akta kita ada lima akta,yang pertama,kanun keseksaan. Bawah kanun keseksaan ini kita ada lima seksyen,di bawah mengiklankan atau menawarkan khidmat persundalan,melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii,melanggar kesopanan,perbuatan lucah dan pelacuran,dan mengedar atau memiliki bahan lucah.
"Yang kedua,seksen 233 (1) (a) yang ini akta Komunikasi dan Multimedia sebab dia menggunakan platform ini secara tidak wajar,mengedarkan kandungan yang tidak senonoh,"katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Jerai Sabri Azit,di Dewan Rakyat.
Sekiranya jenayah tersebut melibatkan individu bawah umur,pihak berkuasa juga boleh menggunakan Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.
Akta Penapisan Filem juga terpakai jika penghasilan bahan lucah itu dibuat untuk diedar dan dijual,selain Enakmen Syariah Negeri-Negeri turut boleh diguna pakai bagi mengatasi isu jenayah swinger.
Beliau menegaskan tindakan undang-undang sedia ada mampu dilaksanakan bagi mengekang kegiatan tidak bermoral itu,namun kesedaran masyarakat juga perlu ditingkatkan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur