2025-08-19 HaiPress

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Seri R. Ramanan
KUALA LUMPUR,19 Ogos -Langkah Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) mengagihkan komputer riba 'refurbished' atau dibaharui kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) mengambil kira dana disediakan.
Jelas Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri R. Ramanan,penyediaan komputer baharu akan menelan kos yang jauh lebih besar dan menjejaskan pelaksanaan program lain.
Bekas Pengerusi MITRA itu juga memaklumkan,laporan pemantauan MITRA menunjukkan pelaksanaan inisiatif itu memberikan manfaat positif kepada murid,guru serta pentadbir sekolah.
"Kenapa beri laptop second hand? Ini adalah MITRA. Kita bukan Kementerian Pendidikan. Kita bukan Kementerian Komunikasi. Kita bukan Kementerian Digital. Kita kena buat yang berpatutan. Kalau sekarang kita dah beli komputer riba kepada 520 sekolah SJKT sebanyak 6,000 komputer kita berikan ini diberikan juga berdasarkan CSR daripada Google sendiri.
"Kalau kita berikan komputer yang baru kita akan menggunakan dana yang sangat besar. Kalau kita gunakan dana yang sangat besar ini bagaimana dengan mengendalikan program-program yang lain?," katanya kepada pemberita dalam sidang media,di Dewan Rakyat.
Beliau mengulas dakwaan sesetengah pihak,kononnya komputer riba yang disediakan bawah program bantuan komputer riba MITRA adalah 'refurbished' dan tidak memanfaatkan murid di SJKT.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur