2025-08-19 HaiPress

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR,19 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan kegiatan pelajar perempuan 12 tahun yang berhenti sekolah selepas menjual gambar tidak senonoh untuk meraih pendapatan.
Pelajar terbabit bersama beberapa rakannya membangunkan platform sehingga mempunyai lebih 700 ahli menerusi aplikasi pesanan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata,kerjasama pelbagai agensi diperlukan bagi memastikan isu berkenaan dapat dibendung sekaligus tidak menjejaskan masa depan pelajar terbabit serta rakan sebayanya.
"Budak perempuan umur 12 tahun,berpakat dengan kawan-kawan dia,empat orang.Kumpulan dia ramai,grup WhatsApp ada 762 orang. Masing-masing ambil gambar bahagian tubuh masing-masing dan jual.
"Dia berhenti sekolah sebab pendapatan dia jauh lebih tinggi dari mak bapak dia dalam melaksanakan penguatkuasaan. Apabila kita jumpa kes macam ini kita tetap dapatkan pandangan dengan pelbagai agensi lain," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Jerai,Sabri Azit.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur