2025-08-19 HaiPress

Lim Hui Ying / Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Pembelian pesawat Boeing bernilai AS$9.5 bilion bagi fasa kedua tidak akan menjejaskan paras hutang serta memberi impak kepada defisit fiskal negara.
Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata,ini kerana perbelanjaan tersebut telah dimasukkan dalam perancangan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
“Pembelian pesawat ini telah dimasukkan dalam perancangan RMK13 yang memperuntukkan RM430 bilion bagi perbelanjaan pembangunan (DE),maka pada masa sekarang ia tidak akan menjejaskan hutang atau defisit fiskal negara.
"Keseluruhannya,ia berada dalam rancangan perbelanjaan kerajaan dan masih dalam jangkaan semasa," katanya di Dewan Rakyat di sini.
Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Puteh,Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh mengenai langkah kontingensi kerajaan dalam mengawal beban hutang negara selepas Malaysia membuat komitmen untuk membeli pesawat dari Amerika Syarikat (AS).
Sementara itu,menjawab soalan asal Datuk Dr. Nik Muhammad berkenaan justifikasi kerajaan dalam membenarkan hutang negara kekal tinggi di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik.
Beliau berkata,peningkatan hutang berpunca daripada keperluan membiayai defisit fiskal untuk menampung perbelanjaan pembangunan.
"Sehingga kini,kerajaan tidak pernah meminjam melebihi had statutori yang ditetapkan di bawah akta berkaitan,dengan nisbah hutang kepada KDNK kekal pada kadar 62.7 peratus,iaitu di bawah paras maksimum 65 peratus yang dibenarkan," katanya lagi.
Selain itu,pinjaman luar pesisir juga berjumlah RM22.8 bilion,tidak melebihi paras RM35 bilion yang ditetapkan di bawah Akta 403.
Manakala Bil Perbendaharaan Malaysia berjumlah RM2 bilion,tidak melebihi paras RM10 bilion yang ditetapkan di bawah Akta 188.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur