2025-08-19 HaiPress

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Sebanyak 475 juta e-invois telah dikeluarkan oleh 98,813 pembayar cukai setakat semalam.
Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata,jumlah itu melibatkan fasa pertama hingga ketiga pelaksanaan mandatori yang bermula 1 Julai lalu.
Beliau menambah,sebanyak 37,000 pembayar cukai daripada fasa keempat dan kelima turut menyertai pelaksanaan tersebut secara sukarela.
"Dengan penglibatan daripada pembayar cukai ini,ia jelas menunjukkan tahap penerimaan yang baik oleh pembayar cukai dalam mematuhi pelaksanaan e-invois.
"Namun pelaksanaan e-invois pada masa ini masih lagi peringkat awal dan unjuran penambahan hasil hanya dapat ditentukan selepas pelaksanaan mandatori sepenuhnya pada 1 Julai tahun hadapan," katanya di Dewan Rakyat di sini.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam,Azli Yusof,mengenai status pelaksanaan e-invois serta unjuran peningkatan hasil kerajaan melalui inisiatif tersebut.
Selain itu,kerajaan juga akan terus memantau keberkesanan e-invois bagi memastikan pelaksanaannya mampu meningkatkan tahap pematuhan cukai.
Dalam pada itu,beliau menjelaskan,pelbagai inisiatif turut diadakan bagi membantu Perusahaan Mikro,Kecil Dan Sederhana (PMKS) melaksanakan e-invois secara berkesan,seiring aspirasi pendigitalan perniagaan negara.
"Bagi mengatasi isu teknikal dan sistem,LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) Malaysia turut aktif mengadakan sesi libat urus bersama industri serta menyediakan pelbagai platform bagi membolehkan pembayar cukai menyalurkan pertanyaan.
"Antaranya termasuk talian bantuan e-invois yang beroperasi 24 jam sehari,tujuh hari seminggu. LHDN juga menyediakan sesi taklimat dan webinar percuma bagi membantu meningkatkan pemahaman pembayar cukai," katanya lagi.
Terdahulu,kerajaan bersetuju menjadualkan semula fasa pelaksanaan e-invois.
Fasa keempat pelaksanaan e-Invois bagi pembayar cukai berpendapatan antara RM1 juta hingga RM5 juta ditangguhkan kepada 1 Januari 2026.
Manakala fasa kelima,kumpulan berpendapatan sehingga RM1 juta akan bermula pada 1 Julai tahun hadapan.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur