2025-08-19 HaiPress

Nga Kor Ming / Foto KPKT
KUALA LUMPUR,19 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan peruntukan tambahan lebih 1 bilion bagi mempertingkat usaha pembersihan awam,susulan persetujuan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menerima pakai Akta 672.
Menurut Menterinya,Nga Kor Ming,ia merupakan antara inisiatif yang dirancang bersama untuk memastikan Belanjawan 2026 memberi manfaat terus kepada rakyat.
"Menjelang 2027,20 peratus kenderaan yang terlibat dalam pembersihan perlu menggunakan kenderaan elektrik (EV). Ia selaras dengan kadar dekarbonisasi negara menuju ekonomi karbon sifar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2026 bersama lebih 300 pemegang taruh di sini pagi tadi.
Lebih 55 cadangan dikemukakan oleh 30 wakil persatuan,badan profesional serta pertubuhan masyarakat pada sesi tersebut.
Rumusan segala input akan dikemukakan kepada Kementerian Kewangan pada 4 September depan.
Tambahnya lagi,KPKT turut mencadangkan lebih 10 inisiatif baharu termasuk projek prasarana awam dengan sasaran 10,000 projek kemudahan dilaksanakan tahun depan,meliputi taman,pasar,medan selera,pusat penjaja dan tandas awam.
"Berdasarkan kepada rekod cemerlang kementerian kita (KPKT) tahun lepas berjaya menyempurnakan 6,611 projek kemudahan awam.
"Kita menyasarkan supaya peruntukan BP1 (projek pembangunan) ditingkatkan sekali ganda kepada tidak kurang RM500 juta," katanya lagi.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur