2025-08-19 HaiPress

Nuown Zainal
KUALA LUMPUR,19 Ogos - Masyarakat khususnya ibu bapa dan penjaga dilihat semakin cakna dalam pengawalan penggunaan media sosial dalam kalangan pengguna bawah 13 tahun.
Menurut Pengasas Aplikasi Penstriman Kanak-Kanak (Pengasas bersama Durioo+),Nuown Zainal,terlalu awal kepada kandungan dalam talian boleh mendedahkan mereka kepada pelbagai risiko termasuk buli siber,penyebaran maklumat palsu,dan kandungan yang tidak sesuai.
"Kumpulan dalam usia ini lebih mudah terdedah dengan persekitaran digital. Sekiranya kandungan tersebut bersesuaian dengan usia mereka,ia mungkin tidak menjejaskan. Tetapi apa yang merisaukan kita adalah sekiranya kandungan tersebut tidak sesuai dengan usia mereka.
"Kita sedia maklum penggunaan media sosial masa kini juga melihat kepada algoritma seseorang pengguna. Ia tidak boleh dikawal,jadi mereka lebih mudah mendapatkan akses secara dalam talian.
"Dengan garis panduan yang ditetapkan ia merupakan sesuatu yang menggembirakan. Kesedaran ini juga bagi mengelakkan golongan bawah 13 tahun terdedah dengan kandungan yang tidak selamat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia (SPM) di Angkasapuri Kota Media di sini.
Justeru langkah-langkah proaktif perlu terus dilaksanakan dengan sokongan ibu bapa serta penjaga bagi mengawal dan memantau aktiviti dalam talian anak-anak.
Inisiatif berterusan pihak sekolah,agensi kerajaan dan penyedia platform dalam talian juga membantu usaha pengawalan penggunaan media sosial.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur