2025-08-19 HaiPress

Datuk Seri Azalina Othman Said
KUALA LUMPUR,19 Ogos – Kerajaan akan menubuhkan Ombudsman Malaysia sebagai sebuah badan bebas untuk mengendalikan aduan rakyat terhadap jabatan dan agensi kerajaan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said berkata,Ombudsman Malaysia akan mengambil alih peranan Jabatan Pengaduan Awam sedia ada dan digabungkan dengan inisiatif integriti lain bagi memastikan aduan rakyat ditangani dengan lebih telus dan bebas daripada sebarang pengaruh.
"Ombudsman Malaysia menjamin ketelusan dan akauntabiliti kerajaan. Ia akan beri keyakinan kepada rakyat bahawa aduan mereka diurus secara bebas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ASEAN Law Forum 2025 di ibu negara.
Datuk Seri Azalina menjelaskan,Ombudsman Malaysia akan berfungsi bersama Akta Kebebasan Maklumat (FOI) dan Akta Pemberi Maklumat (Whistleblower) sebagai pakej tiga dalam satu,bagi mengukuhkan integriti pentadbiran awam.
"Ombudsman tidak boleh berfungsi bersendirian. Ia perlu seiring dengan FOI dan Akta Pemberi Maklumat,termasuk perlindungan saksi. Semua ini akan menjadi satu ekosistem bagi melindungi hak rakyat," katanya lagi.
Ombudsman Malaysia bukan bertujuan menggantikan peranan agensi penguatkuasaan antirasuah,sebaliknya memberi tumpuan kepada isu salah tadbir dan integriti perkhidmatan awam,seperti kelewatan kaunter dan aduan pentadbiran lain.
Sasaran kerajaan adalah memastikan Ombudsman Malaysia menjadi entiti sah di sisi undang-undang menjelang tahun 2026,sejajar dengan amalan kebanyakan negara maju.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur