2025-08-19 HaiPress

Foto - Ekuinas
KUALA LUMPUR,16 Ogos - Sebanyak 19 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Bumiputera berjaya memperkukuh prestasi serta mengembangkan perniagaan menerusi inisiatif pemerkasaan ILTIZAM oleh Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas).
Pencapaian itu direalisasikan melalui ILTIZAM Catalyst 2024,program utama di bawah tonggak keusahawanan ILTIZAM.
Pengerusi Ekuinas,Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan berkata,syarikat-syarikat terlibat telah melalui transformasi berstruktur selama sembilan bulan dengan fokus kepada pengukuhan asas perniagaan berteraskan empat teras utama.
"Antaranya termasuk pengurusan kewangan dan pematuhan,penjenamaan serta pemasaran digital,adaptasi teknologi dan pembangunan kepimpinan.
"ILTIZAM Catalyst turut membina ketajaman strategi,mengasah bakat,memperkukuh operasi dan tadbir urus,selain mendorong inovasi daya fikir.
"Program ini merupakan ekosistem menyeluruh yang menyediakan ilmu,jaringan,keyakinan dan keberanian untuk mencipta peluang baharu," katanya dalam satu kenyataan.
Menerusi program berkenaan,Ekuinas menyediakan sokongan berbentuk bantuan teknikal bernilai lebih RM70,000 bagi setiap syarikat yang menyertainya.
Sejak diperkenalkan pada 2022,ILTIZAM Catalyst telah membimbing sebanyak 57 syarikat daripada pelbagai sektor termasuk pendidikan,makanan dan minuman (F&B),pembuatan,penjagaan kesihatan,perkhidmatan teknologi maklumat (IT) serta perkhidmatan lain.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur